Itulah aku. Aku seorang yang tidak suka kepada bahasa inggeris kerana aku tidak pandai dalam berpetah dalam bahasa tersebut dan aku tidak suka kalau orang melayu bercakap dalam bahasa inggeris. Tapi jika aku ingat kembali kisah-kisah ulama-ulama tersohor pada zaman dahulu, mereka mempunyai semangat yang tinggi dalam menuntut ilmu. Ramai ulama terdahulu fasih dalam banyak bahasa. Jika nak dibandingkan dengan aku memang kalah rr... Kekuatan dalam membina kemantapan jati diri untuk mencapai satu kejayaan itu memang sesuatu yang amat susah dan payah. Tapi ia semestinya ada jalan penyelesaiannya. Sering kali aku memikirkan nasibku pada masa hadapan jika aku tidak mendalami power dalam bahasa inggeris. Pasti aku akan ketinggalan zaman dan kejayaan duniawi tidak akan dapatku capai. Oleh itu aku perlu mengorak langkah awal supaya aku dapat membiasakan mulutku ini dengan bahasa inggeris. Aku perlu bersabar disamping gigih dalam mengikuti kelas bahasa inggeris.
Pada semester ini aku perlu mempersiapkan diriku dengan kekuatan kemaluanku supaya dapat berhadapan dengan orang ramai dimana aku akan membuat satu presentation. Aku perlu buat sehabis baik tapi dalam keadaan bersederhana. Mungkin aku akan give up jika aku memikirkan apa orang kata tapi sebenarnya perlu memikirkan apa yang aku kata pada diriku ini. Dengan itu aku akan merasa lebih tenang dan akan sentiasa fokus dalam menghadapi akhirat. Apa yang penting dalam duniawi ini ialah kita perlu gigih dan sentiasa berusaha untuk mamajukan diri dan sentiasa menyertakan niat duniawi kita untuk persiapan akhirat sebelum kita bertemu dengan Allah swt.
No comments:
Post a Comment