Inilah keunikan kehidupan yang telah Allah beri kepada kita. Tiada yang buruk sebenarnya dalam hidup kita dan Allah telah menganugerahkan kita banyak kebaikan. Bukan susah untuk mendapatkan kebaikan dari Allah kerana Allah telah menjanjikan kepada hamba-Nya bahawa setiap amal baik akan dibalas dengan berlipat ganda kebaikan iaitu berlipat ganda pahala. Tetapi balasan dosa kepada kejahatan kita Allah tidak akan menambah hukumannya dan sesungguhnya perhitungan Allah itu amat teliti dan adil. Cuba kita bayangkan jika kita bersedekah kita akan dapat pahala yang banyak dan bertambah-tambah tetapi apabila kita buat jahat Allah hanya membalas dosa setimpal kepada kejahatan yang kita lakukan itu sahaja. Hal ini menunjukkan Allah ini bersifat Maha Penyayang kepada semua hamba-hamba-Nya. Kita seharusnya sedar perkara ini dan mengambil sebanyak mungkin pengajaran dan ikhtibar daripada sifat-sifat 99 Allah swt.
Dalam hidup ini selalu kita tidak menyedari bahawa kita sering sekali melakukan pengorbanan. Yang membezakan kita di pandangan Allah hanyalah pengertian pengorbanan itu. Jika pengorbanan itu kerana Allah swt saya pasti akan ada kesan positif dan kita akan dilimpahi rahmat sepanjang mana kita beristiqamah dengan satu pengorbanan itu. Jika kita fikir sejenak, pada setiap nafas yang kita hembus, semua ini memerlukan satu pengorbanan dimana kita perlu membuat sesuatu keputusan pada setiap saat dan kita tidak akan terlepas dari membuat sesuatu keputusan.
No comments:
Post a Comment